Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa web site SKKG kerana telah berjaya mengadakan satu laman web yang sungguh baik dan padat untuk tatapan semua.Di era globalisasi dan alaf baru ini, Kaum guru memainkan peranan penting untuk membentuk fokus dan minda murid-murid agar mementingkan pembelajaran dan ilmu dalam usaha membina sebuah negara yang mana tonggak kekutan dan kekukuhannya adalah berasaskan ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam bidang teknologi terkini dan IT.Dengan tedapatnya laman web sekolah ini, diharap dapat membantu untuk mendapatkan serba sedikit maklumat tentang sekolah dengan cepat.Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi sokongan dan berganding bahu demi melahirkan pelajar-pelajar yang harmonis dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MISI SKKG
SKKG Di Wujudkan Untuk Memberi Pendidikan Yang Terbaik Ke Arah Iklim Pengajaran Dan Pembelajaran Agar Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Dalam Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Serta Taat Kepada Tuhan. Berterusan Kepada Murid Melalui Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkualiti
VISI SKKG
SKKG Menjadi Sekolah Yang Melahirkan Pelajar Yang Seimbang Dan Berwawasan
FALSAFAH SKKG
Berusaha Bersama Masyarakat Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Mendidik Dan Memperkembangkan Kebolehan Potensi Individu Dengan Nilai Agar Taat Kepada Tuhan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Wawasan Perdana
SLOGAN SKKG
Komitmen Warga Sekolah Pemangkin Kecemerlangan
PIAGAM PELANGGAN
Kami, Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Klang Gate Sentiasa Berkerjasama Dengan Ibu Bapa Dan Masyarakat Dalam Suasana Harmoni Dan Kekeluargaan Ke Arah Kecemerlangan Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek Serta Budaya Penyayang Melalui Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkualiti
* Mesra, Cekap Dan Cepat Layanan
* Peka Kehendak Masyarakat
• Semua murid yang normal mampu menguasai 3M serta mengamalkan nilai-nilai murni dan intelek.
• Melahirkan individu yang seimbang dan aktif dari aspek emosi, rohani, intelek dan jasmani.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan meransang ke arah kecemerlangan.
• Sentiasa meningkatkan pencapaian akademik dan ko kurikulum.
• Membina hubungan kekitaan bagi menjana kemajuan sekolah
• Mengamalkan budaya muafakat antara pihak sekolah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru, (PIBG), para waris dan komuniti setempat.
• Mewujudkan suasana kerja yang harmonis.
• Mewujudkan suasana kerja yang harmonis, bekerjasama dan penuh tanggungjawab.
• Menerapkan budaya penyayang dan budaya ilmu di kalangan guru, murid dan para waris.
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
SEBANYAK 800 tanda tangan pelajar sekolah rendah berjaya dikumpul sempena Kempen Philips-Cetree Energy Efficient Mobile Showhome yang diadakan baru-baru ini.Tandatangan di kain pemidang kempen itu merupakan ikrar pelajar berkenaan untuk menjalani cara hidup dengan menggunakan tenaga secara cekap.Kempen yang juga dikenali sebagai Kempen A Simple Switch yang telah dilancarkan pada Jun lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate membawa Philips-Cetree Energy Efficient Mobile Showhome mengunjungi beberapa sekolah di Lembah Kelang dan Pulau Pinang.
Klik disini untuk selanjutnya...
AKHBAR KOSMO
Mendedahkan jumlah tersebut, Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi Philips Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Rajah Kumar berkata : "Dengan peningkatan harga minyak dan tenaga elektrik, ia menjadi satu keutamaan untuk menggunakan tenaga dengan sebaik mungkin, sama ada di rumah, pejabat mahupun di kelas."Oleh yang demikian, pada tahun ini, kami telah memutuskan untuk memberi fokus bagi mewujudkan kesedaran murid sekolah rendah terhadap penjimatan tenaga dengan menggalakkan mereka mengubah minda ke arah menjalani gaya hidup yang lebih efisien tenaga."Beliau berkata demikian semasa pelancaran kempen asimpleswitch atau kempen Kecekapan Tenaga Philip-Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Cetree) yang berpusat di Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis pelancaran kempen ini diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Kuala Lumpur baru-baru ini.
We the student of Sekolah Kebangsaan Klang Gate are committed to be excellent base on these principle:
*TO ACHIEVE EXCELLENT RESULTS IN ALL SUBJECTS.
*TO DICIPLINE OURSELVES BY COMFORMING TO THE RULE OF REGULATIONS OF THE SCHOOL
*TO OBEY AND RESPECT THE GOODWILL OF EACH RELIGION.
*TO HONOUR THE GOOD NAME OF ONESELF,THE FAMILY,THE SCHOOL AND THE COMMUNITY


