Assalamualaikum..
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa web site SKSW kerana telah berjaya mengadakan satu laman web yang sungguh baik dan padat untuk tatapan semua.Di era globalisasi dan alaf baru ini, Kaum guru memainkan peranan penting untuk membentuk fokus dan minda murid-murid agar mementingkan pembelajaran dan ilmu dalam usaha membina sebuah negara yang mana tonggak kekutan dan kekukuhannya adalah berasaskan ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam bidang teknologi terkini dan IT.Dengan tedapatnya laman web sekolah ini, diharap dapat membantu untuk mendapatkan serba sedikit maklumat tentang sekolah dengan cepat.Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi sokongan dan berganding bahu demi melahirkan pelajar-pelajar yang harmonis dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.