Matlamat SKSW

• Semua murid yang normal mampu menguasai 3M serta mengamalkan nilai-nilai murni dan intelek.

• Melahirkan individu yang seimbang dan aktif dari aspek emosi, rohani, intelek dan jasmani.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan meransang ke arah kecemerlangan.

• Sentiasa meningkatkan pencapaian akademik dan ko kurikulum.

• Membina hubungan kekitaan bagi menjana kemajuan sekolah

• Mengamalkan budaya muafakat antara pihak sekolah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru, (PIBG), para waris dan komuniti setempat.

• Mewujudkan suasana kerja yang harmonis.

Mewujudkan suasana kerja yang harmonis, bekerjasama dan penuh tanggungjawab.

Menerapkan budaya penyayang dan budaya ilmu di kalangan guru, murid dan para waris.